Saturday, October 17, 2009

HARI RAYA YANG INDAH


Syawal hadir bersama tenggelamnya Fajar Ramadan. Kesenduan amat terasa. Takbir yang bergema mengundang sebak didada. Tiba-tiba teringat sudah terampunkah dan terangkatkah segala dosa. Diterimakah segala ibadah sepanjang Ramadan semalam. Dalam rasa sebak, semdu dan pilu itu, air mata kesyukuran tetap mengalir. Sempat juga menyambut kemuliaan Syawal iaitu hari kemenangan Umat Islam melawan segala nafsu-nafsi yang menggoda diri.

Dalam kemeriahan Syawal ini, suara riuh rendah kaum keluarga yang telah berkumpul terasa begitu menggembirakan. Hubungan silatulrahim erat terjalin. Salam di hulur, maaf di pinta. Semuanya segak bergaya. Anak-anak kecil paling seronok ketika ini. Kesana ke mari bergaya dengan baju baru, sambil berseronok riang keliling kampong, mengutip duit raya. Indahnya hari raya.

Kenangan terindah biasanya sering tercatat di musim-musim hari raya. Semua orang pasti ada kenangan manis yang tidak mampu di lipakan, biarpun usia sudah memanjat hari. Namun bukan semua bernasib baik mengecap keseronokan berhari raya, pasti ada yang berduka dan terpaksa beremdam si air mata, ketika orang lain sedang berseronok riang berhari lebaran. Itulah kehidupan. Kesenangan lawannya kepayahan. Kerana itu kita disarankan agar mengingati kesusahan ketika sedang bergembira dan bersyukur ketika sedang bahagia.


Saya tersentuh hati apabila membaca kisah-kisah sedih mereka yang tidak mampu ketika menyambut kedatangan Syawal kerana kesusahan hidup. Mereka tidak mampu mengukir senyum, kerana tdak ada apa yang berbeza bagi mereka antara hari raya dan hari-hari biasa. Untuk mendapatkan sesuap nasik pun kadangkala begitu payah, inkan pula untuk menayang baju raya atau menganti perabut dan lansir baru di rumah. Bagi saudara kita yang bernasib malang ini, menjadi tanggungjawab kita yang diberikan kelebihan rezeki untuk membantu. Jangan di lupa pada nasib mereka yang tiada upaya.
Hulurkan anda untuk di sambut oleh saudara kita yang tidak bernasib baik ini, bagi meringankan beban mereka, agar mereka pun boleh minikmati kemeriahan Syawal ini dengan lebih bermakna. Bagi yang berlebihan rezeki eloklah kita membuka pintu hati dan menaburkan sedikit rezeki untuk dapat dikonsikan bersama mereka yang tidak berupaya. Carilah sebanyak-banyak pahala di Syawal ini untuk menampung pahala yang terkurang di Ramadan lalu. Bersedekah juga satu jihat!