Monday, August 31, 2009

Semasa Saya dan keluarga membuat sumbangan pada rumah anak-anak yatim, di batu 18 Kuang





Ulang tahun ku yang ke 34 tahun
2008

Di sambut di Paya jaras bersama-sama kawan-kawan sekerja dan keluarga ku.
"2008 banyak membawa kenangan suka dan duka"

--Sebelum ulang tahu ku ini satu titik hitam yang tidak akan ku lupan kan, penceraian antara aku dan isteri ku--


Wahai pembaca yang budiman...............
Dimasa diri ku diambang pergolakan rumah tangga, aku tidak tahu pada siapa perlu ku bercerita. Di sini ingin ku beri tahu kepada semua pembaca setiap permasalahan kita tidak boleh pendamkan dalam diri kita sendiri, sekurang-kurangnya cari seorang sahabat yang betul-betul boleh mendengar kelohan hati. Walau pun ia hanya mampu mendengar kelohan hati kita sudah memadai.
Aku berasa bertuah kerana mendapat kawan yang mampu memberi aku semangat dan dorongan diwaktu aku dalam permasaalan rumah tangga ku. Aku amat berterima kasih pada Lt. Zali(TUDM) dan Pw2 Yunus(TUDM). Mereka banyak memberi sokongan moral kepada ku. Dan mereka juga lah yang membawa aku dan isteri ku kembali (rujuk).
Sememangnya dalam kehidupan berumah tangga ada asam garam, pahit maung dan suka duka. Disini ingin ku kata kan "sebelum kita membuat keputusan fikirkan lah semasak-masaknya", Jadikan lah kisah ku ini sebagai contoh buat saudara, saudari sekelian.





1 comment:

Mohiz said...

Apul, kehidupan ini adalah sebuah kembara. Perjalanannya adalah cabaran yang mesti kita tempuhi, suka adalah bunga wangi yang membuat kita bahagia, duka adalah ranjau yang menanti langkah kita. Hadapan adalah mercu idaman dan puncaknya adalah hujung usia kita. Jadi, moralnya di sini adalah kehati0hatian dan tabah kita menghadapinya, usah rebah sebelum jatuh, usah mati sebelum akhir umur. Tegapkan langkah, kukuhkan semangat, anggap saja tangisan dan hiba hati yang sudah itu sebagai mersik suara Siti Nurhaliza yang menghiburkan kita, kerana di alis mata ayu siti Nurhaliza itu ada titis sendu yang tercabar, dan di bibir mulus siti nurhaliza itu ada siratan halus yang mampu memimpin kita.....