Wednesday, September 30, 2009

Berpisah Kerana tertekan

Bukan aku ingin buka pekung di dada, tapi sebenarnya perasaan sedih yang ku pendam selama ini bagaikan tidak tertahan untukku tanggung. Mengimbas kenangan lalu, aku telah mendirikan rumah tangga dengan gadis dari Johor. Seorang gadis yang sederhana tapi menarik pada pandangan mataku. Berkulit cerah dan berambut panjang melepasi bahu serta mempunyai tutur kata yang lemah lembut.

Sepanjang 3 tahun perhubungan kami terpasa melalui banyak cabaran hidup. Malah aku sendiri hamper-hampir putus asa apabila isteri ku sendiri tidak yakin dengan kejujuran dan kesetiaanku. Katanya, aku mempunyai ramai teman wanita dan mengambil berat tentang diri ku. Sedangkan mereka itu semua adalah rakan-rakan ku sahaja.

Tanggal 3 Jun 2006 menjadi detik sejarah dalam kehidupan kami berdua. Kami disahkan menjadi pasangan suami isteri setelah kami putus tuning dan kembali semula. Majlis perkahwinan yang sederhana tetapi cukup meriah dengan kehadiran sanak saudara serta sahabat handai. Aku berasa cukup bahagia apabila berada disisinya. Begitu juga isteri ku yang tidak sudah-sudah meluahkan rasa gembiranya bergelar seorang isteri.

Ku sangka panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari. Perhubungan kami semakin hari semakin dingin. Bukan aku sengaja bersikap dingin terhadap isteri ku, aku tidak tahan dengan sikapnya yang terlalu mendengar cakap-cakap keluarga ia dan keluarga akun sendiri. Kadang-kadang ia buat aku seperti tiada makna baginya. Memang aku tidak nafikan bahawa ia terlalu banyak berkorban terhadap diri ku. Mula-mula aku amat bangga dengan dirinya, sedikit demi sedikit ia mula mempersoalkan tentang kewangan rumah tangga aku mula rasa bosan dengan sikapnya.

Setiap kali ia pulang ke kampong atau keluarganya menhubunginya pasti selepas itu kami bertengkar. Ya, aku tahu yang keluarganya tidak begitu suka dengan ku. Di sebabkan itu lah keluarganya putuskan tunang antara kami berdua dahulu. Masih terdengar-dengar di telinga ku ini suara aruwah ibu sampaikan pesan pada ku, yang aruah bapa mertua ku menaliphon pada keluarga ku bahaya ia ingin memutuskan pertunangan kami. Katanya, yang aku tiada masa depan buat anak perempuannya. Sedangkan pada hari itu juga aku mula mendaftarkan diri untuk melanjutkan pelajaran ku.

Semenjak pada hari itu perhubungan kami terputus sama sekali, aku redar dengan apa yang telah berlaku terhadap ku. Setelah hampir setahun aku putus tunang. Aku bertemu dengan seorang wanita yang telah ku kenali sewaktu aku mula-mula menjejakkan kaki ke alam pekerjaan di MAS. Hari ke sehari perhubungan kami semakin rapat dan akhirnya kami bertunang. Kali ini kali kedua aku bertunag, hamper setahun setengah pertunangan kali kedua ini terputus juga akhirnya. Entah dimana silapnya aku tidak mengerti.

Selepas kali kedua ini aku bertekat tidak lagi mahu bertunag atau berkahwin. Biarlah aku membujang selama-lamanya, takdir dan kehendak Tuhan memang tidak boleh kita sangkalkan. Sekian lama aku berpisah dengan tunag pertama ku, ketemu juga akhirnya aku dan ia. Itu lah dikatakan jodoh, pertemuan semuanya di tangan tuhan.
(akan bersambung)

Tuesday, September 15, 2009

Fikir


Saat yang paling penting dan paling genting sekali dalam hidup ialah semasa berhadapan dengan sakaratulmaut. Di situlah turning point menentukan arah yang berikutnya "beroleh nikmat atau azab seksa yang berpanjangan."

Berhadapan dengan sakaratulmaut, pergantungan dan harapan bukan lagi pada kepintaran akal atau kecergasan tubuh badan. Lebih-lebih lagi jika isyarat awal kematian itu semasa sedang telantar sakit. Sakit yang harus disifatkan kifarah atau jalan penghapusan dosa oleh Allah s.w.t.
Pun bukan lagi kepintaran akal atau kutrat dan kehendak kita yang menumbuhkan dan menyuburkan dengan mudah rasa kehambaan itu di dalam hati. Sebaliknya semuanya bertunjangkan iman.
Bergantung pada kuat atau lemahnya tauhid kita pada Allah s.w.t. Amat di takuti sebenarnya, kerana kelemahan iman boleh mempengaruhi keadaan ketika sedang hebat bergelut dengan sakaratulmaut. Jangan sampai hati tiba-tiba didatangi keraguan terhadap Allah s.w.t. Atau tidak redha dengan kesakitan yang sedang ditanggung, lalu pada saat itulah roh direntap keluar dari tubuh.

Protes di dalam senyap itu tanda keingkaran "tak boleh terima" seorang hamba terhadap apa yang telah ditentukan Allah kepadanya. Seseorang yang telah melakukan keingkaran, dia telah membina hijab antaranya dengan Allah s.w.t. Sangat malangnya nasib jka pulang kepada Allah dalam keadaan terhijab dengannya.

Sunday, September 13, 2009

Kenser Tulang

Di awal alam pekerjaan ku, aku sentiasa gembira selalu tidak ada apa-apa yang aku fikir kan hanya gembira sahaja yang aku tahu. Rupa-rupanya kegembiraan itu hanya seketika sahaja. Ku sangka kan panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari.

Ceritanya bermula dalam tahun 1994 sewaktu itu aku bekerja di salah sebuah syarikat Akitek di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur. Di situ aku aktif dalam sukan, aku juga mewakili syarikat dalam sukan bola tampar. Suatu petang aku dan rakan-rakan sekerja menjalan kan latihan di Taman Tasik Titiwangsa, entah bagaimana aku terseliuh. Ia itu pekara biasa bagi seseorang yang aktif dalam sukan.

Dari itu lah puncanya aku mengalami penyakit kenser. Pada mulanya aku tidak menyangkakan akan kenser yang aku hadapai, hanya difikiran ku terseliuh biasa sahaja. Apabila hari semakin hari, bulan semakin bulan, hati ku tidak begitu sedap di buatnya. Akhirnya aku menemui doktor pakar di Genderal Hospital Kuala Lumpur (UKM). Apabila doktor menerangkan bahawa aku telah menghidap sakit kenser tulang, aku rasa dunia ini sudah tidak bermakna lagi buat ku. Begitu hancur hati ku ini tuhan saja yang mengetahui nya, betapa hancur, remok hati ini.

Aku redha walaupun perit, aku tidak menyangka sama sekali bahawa diri ku mendapat penyakit ini. Dalam hati aku marah juga dengan diri ku sendiri tetapi perkara yang sudah berlaku tidak dapat di elakkan. Aku fikir kalau perkara tersebut di beritahu , sudah pasti mereka akan sedih. Aku belagak seperti tidak ada apa-apa berlaku, lika sakit pun aku berpura-pura itu hanya sakit biasa.

Walau berusaha merasiakan penyakit aku daripada keluaga akhirnya segala-galanya berakhir apabila aku dimasukkan kedalam hospital untuk di bedah. Pada mulanya aku tidak mahu memberitahu pada keluarga, namun aku terpaksa membuka cerita pada meraka. Betapa terkejutnya mereka bahawa anaknya menghidap penyakit kenser. Keluarga ku memahami walaupun mereka tahu penyakit kenser ini amat merbahaya. Namun demi kasih sayang mereka dan ikatan kekeluargaan, mereka dengan rehda menerima segalanya.

Mereka masih anggap aku sama seperti dahulu. Aku bersyukur kerana mempunyai keluarga yang begitu prihatin dan memahami. Aku tidak dapat banyangkan jika mereka tidak boleh menerima hakikatnya. Dengan siapa pula akan ku mengadu nasib. Ini semua sudah takdir diriku. Walaupun aku dijaga dengan begitu rapi oleh keluarga yang menyanyangi namun aku sedar diriku tidak sama seperti dahulu. Aku menjadi seorang yang pendiam, aku juga berada dalam kemurungan dan mengalami tekanan.

Dalam tubuhku ada virus kenser yang akan membawa kematian, apa yang boleh ku buat. Apabila mengenangkan nasib diriku, air mata akan bercucuran, menangis hanya itulah yang mampu kulakukan. Pada ketika itu aku tidak hiraukan pujukan dan galakan daripada keluarga. Dalam fikiran ku hanya terbayangkan kematian. Ibu bapa sedih dengan keadaan diriku, mereka tidak henti-henti memujuk dan memberi nasihat kepadaku. Tidak sanggup mereka melihat aku menderita.

(bersambung akan datang)
-------------------------------------------------------

(sambungan)
Ibu bapa mana yang sanggup melihat anaknya dalam menderida, kesedidah dan kesakitan. Aku amat bersyukur mendapat ibu bapa yang begitu perihatin terhadap ku. Hanya meraka lah tempat ku mencurahkan isi hati ku ketika itu. begitu juga sahabat-sahabat dan rakan-rakan ku banyak memberi semangat dan dorongan terhadap ku, walaupun pada masa itu aku rasa seperti orang di sekeliling ku tidak bererti pada ku, namun mereka tetap memberi sokongan moral terhadap ku.

Sememangnya bercakap mungkin mudah tetapi bagi yang menhadapinya sendiri akan berasa sangat tertekan. Ditambah kesedihan, tekanan dan sebagainya membuat diri ini merasakan orang tidak merasai apa yang aku rasa dan lalui. Ia..... aku tidak nafikan pada masa itu fikiran ku terlalu kusut, tidak boleh memikirkan yang mana baik dan burok.
Mereka semua sebenarnya ingin membantu aku keluar dari perasaan sedih, takut dan sebagainya. seharunya aku perlu menguatkan semangat dan ketabahan untuk terus berjuang mengatasi penyakit ku ini. Kerana dengan memendamkan perasaan ini akan lagi membuat aku bertambah sakit.

"Ya Allah..... tolonglah berikan aku semangat yang kuat untuk melawan penyakit ini."

Alhamdulillah setelah aku membuat operation dan membuang tulang yang terkena kenser itu dan menerima rawatan-rawatan susulan (kimoterapi), kesihatan ku semakin pulih sedikit demi sedikit dan akhirnya aku selamat dari penyakit kanser. Aku tidak berani katakan pulih 100%, yang nyata aku bolej teruskan hidup seperti biasa dengan keizinan yang maha asa.

Walaupun tidak dinafikan memori selalunya sangat indah, namun untuk terus mengenag peristiwa lama adalah sesuatu yang sangat menyakitkan. Semakin kerap kita terkenang-kenang semakin kita berasa kesihan yang mana ia akhirnya akan mynyakiti hati kita. Mulakanlah langkah yang baru, jangan suka pandang ke belakang kerana ia tidak baik untuk diri kita. Jangan terlalu mengagungkan kenangan lama kerana ia hanya akan lebih menyakitkan. Jadikan lah kenanga lama itu sebagai pengajaran dan dorongan hidup kita. padang kepada prospek di masa hadapan di mana masa hadapan kita akan lebih cerah.

Setakat ini lah yang ku mampu menceritakan kisah aku sedang mengalami kenser tulang, akan ku cerikakan pula selepas ini tentang kisah kehidupan ku selepas aku menghidap kenser. Terima kasih kepada saudara, saudari yang sudi membaca kisah hidup ku ini. Ku pohon maaf jika tersalah kata, aku bukan pandai mencoritkan kata hanya aku luahkan dan konsikan apa yang selama ini yang telah kulalui dalam hidupku.

Kau, Aku, Kita Dan Kenangan

Kau dan dirimu ada seribu satu cerita

Aku dan diriku juga punya cerita

Ceritamu, cerita ku menjadi cerita kita

Ada gelak

Ada tertawa

Ada sendu

Ada rindu

Kau, Aku dan Kita ada kenangan

Kenanganmu, kenangan ku sejarah silam kita

Sebelum kauSebelum aku

Menjadi kita

Kau, Aku, kita dan kenangan

Berjuang untuk hari ini

Berserah untuk esok yang tak pasti

Harapanmu

Harapanku

Impiankita

Thursday, September 3, 2009

Ayahdar, Bondar dan Keluarga

Gambar ini tahun 1997 semasa aku di usia 23 tahun zaman remaja ku.




31 Ogos 1998 Kampung Budaya Santobung Serawak, Kakak ku bersama suaminya dan kedua anaknya.





Wajah-wajah ceria Ayahdar dan Arwah Bondar



Permintaan Kecil Kedua Orang Tua Ku
Aku tidak meminta wang berjuta-juta
untuk kuhimpunkan menjadi bukit harta
tidak sesekali kuimpikan
mengibarkan bendera bangga di puncaknya
cukuplah sekadar sesuap makan dan minum
buat aku sempat melihat suatu hari lagi
bernama esok.
Aku tidak meminta rumah yang raya
pun yang indah laksana istana
kerana kemewahan dunia hanya sementara
apabila sampai waktunya pasti tinggal semua.
Cuma yang aku pinta
adalah secebis cinta
daripada seorang anakanda yang berjaya
di tengah kotauntuk kuisikan di dada tua
buat ku usir segala kesunyian
yang semakin hari semakin pekat terasa
dan menggelinjang ke seluruh jiwa raga
bergetaran di urat nadi yang terasa lelahnya.
Anakanda yang kurindui sentiasa
sukarkah kau penuhipermintaan kecil ini
janji penuh nafsu mu tatkala remaja
untuk ku titi hingga ke hujung usia
yang amat terkilan aku nantikan
dalam remang senja?


Sejak kau pergi hidup ku begitu sunyi
Semangat ku dari dahulu hingga kini
Masih terasa mengikut pengembaraan mu
Yang kian jauh
Tetapi serasa dekat benar pabila teringat
Dengan air muka mu yang bersih
Ketika wajah mu ditutup sutera putih
Pemergian terakhir
Yang silam
Emak
Pabila Ramadhan menjelang….
Kesepian ku dan keinsafan ku
Semakin tersayat
Manik-manik jernih mula menitis
Dari dua buah kolam setia
Yang ku miliki sejak hayat ku bernafas
Hingga kini
Emak
Pabila ku ingat sayang mu mencurah di dada
Terangnya masih ku rasa bagaikan purnama raya
Pabila kesalahan ku lakukan kemarahan mu membara
Lantas rotan melengkar ke kaki
Namunpun begitu hati ku tidak terluka
Cuma air mata ku bercucuran
Pabila tangisan ku reda
Aku bangga emak
Kau pandai mengajar
Anakmu…..
Kejayaan ku hari ini adalah hasil usaha mu emak!!!













Tuesday, September 1, 2009

Bersama anak-anak buah ku


Manja(panggilannya) bersama ku
Hanya dia yang paling manja dengan ku,
seminggu aku tidak menjengoknya, ia sudah demam rindu pada ku.
Kembar tak seiras
Ini lah wajah-wajah anak buah ku, paling manja dengan ku.
Meraka lah penghibur, merekalah penawar dan segala-galanya bagi ku.

Dikala aku kesunyian...........

Anak-anak buah aku ini lah dapat memberi ketenangan dan kegembiraan dengan telatah mereka. Kemanjaan mereka membuat aku hilang rasa penat, letih, sugul.

Sahabat juga seorang abang

“Sahabat ibarat air yang bersih,Air yang bersih itu melalui peringkat tapisan,Mengandungi ubat untuk pelbagai penyakit,Namunbegitu air yang bersih boleh menjadi kotor keranatelah dicampurkan dengan sesuatu.
Ikatan persahabatan:
walaupun tawar tetapi mengubati penyakit,
walaupun tiada warna-warni namun ia berseri,
walaupun tidak diminati tetapi sentiasa dicari,
walaupun dipulaukan oleh yang sihat tetapi disanjung oleh yang sakit.”
‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”