Monday, August 31, 2009

Semasa Saya dan keluarga membuat sumbangan pada rumah anak-anak yatim, di batu 18 Kuang





Ulang tahun ku yang ke 34 tahun
2008

Di sambut di Paya jaras bersama-sama kawan-kawan sekerja dan keluarga ku.
"2008 banyak membawa kenangan suka dan duka"

--Sebelum ulang tahu ku ini satu titik hitam yang tidak akan ku lupan kan, penceraian antara aku dan isteri ku--


Wahai pembaca yang budiman...............
Dimasa diri ku diambang pergolakan rumah tangga, aku tidak tahu pada siapa perlu ku bercerita. Di sini ingin ku beri tahu kepada semua pembaca setiap permasalahan kita tidak boleh pendamkan dalam diri kita sendiri, sekurang-kurangnya cari seorang sahabat yang betul-betul boleh mendengar kelohan hati. Walau pun ia hanya mampu mendengar kelohan hati kita sudah memadai.
Aku berasa bertuah kerana mendapat kawan yang mampu memberi aku semangat dan dorongan diwaktu aku dalam permasaalan rumah tangga ku. Aku amat berterima kasih pada Lt. Zali(TUDM) dan Pw2 Yunus(TUDM). Mereka banyak memberi sokongan moral kepada ku. Dan mereka juga lah yang membawa aku dan isteri ku kembali (rujuk).
Sememangnya dalam kehidupan berumah tangga ada asam garam, pahit maung dan suka duka. Disini ingin ku kata kan "sebelum kita membuat keputusan fikirkan lah semasak-masaknya", Jadikan lah kisah ku ini sebagai contoh buat saudara, saudari sekelian.





Sunday, August 30, 2009

Gambar kenangan semasa ke Pulau Pinang bersama Tajaan Syuhadah.
Semasa di zaman College
(International University College of Technology Twintech)
(2002 - 2005)

Setiap kali aku nak bermalasan, akan ada suatu suara kecil kedengaran dan berkata;"Adik, jangan malas. Janji dengan Emak apa. Belajar rajin-rajin ok."Aahhhh... dan aku pun mula menggerakkan otot tak mahu bermalasan. Pelik dan anih. Tapi memang selalu macam itu. Bila aku bermalasan, rasa macam aku dah mungkir janji dan aku akan mengecewakan seseorang. Macam itu jugak bila aku menempuh zaman masa aku SPM. Emak aku selalu berkata,"Belajar rajin-rajin dan jadi orang yang berjaya." Ya, dan aku cuba dan cuba nak belajar, walaupun beberapa kali aku rasa pening dan kurang faham. Kalau aku kecewa sebab diri sendiri, sakitnya tak seberapa. Tapi bila aku dah kecewakan harapan orang lain, aku rasa macam a total loser.

Berehat di hotel selepas membuat kajian untuk kertas kerja. Kuantan Pahang Hotel Bumi Mas

Zaman bermulanya aku sebagai pekerja bukan pelajar lagi tau.

Waktu ini aku bekerja di Wan Mohamed and Khoo


1. Gambar atas aku di dalam office sewaktu aku berkerja di NKK Equity SDN. BHD (1998)
2. Gambar bawah sewaktu jamuan makan malam semasa aku bekerja di Wan Mohamed and Khoo (1993)

Sewaktu aku berada di Japan 1997

Waktu aku baru mengabiskan zaman persekolahan
"berjalan sakan lah"



Waktu aku berkerja di SMET

1. Gambar di pagi raya
2. Di rumah sewa kawan ku.
3. Di rumah alang ku Taman Paya jaras Permai


Gambar aku bergaya sakan selepas dan sebelum kemalangan.




Apa lagi ada kereta pergi bejalan je lah aku.




Zaman persekolahan aku
Budak sekolah mana boleh hisap rakok 'BEB'





























Saturday, August 29, 2009

Waktu perkemahan bersama kawan-kawan

Berkhemah adalah penghidupan di luar sama ada di hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadap pengurusan makanan, perlindungan dan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan dengan persekitaran anda. Sekiranya anda berkhemah secara individu atau berkumpulan, perhubungan rapat dengan alam semulajadi perlu anda utamakan.
Di Puncak Gunung Berkelah Pahang
Meningkatkan ketakwaan kepada Tuhan. Meningkatkan abiliti dan kendiri. Menghayati erti batasan kehidupan. Memupuk semangat keberanian dan kreativiti. Meningkatkan semangat kekitaan, bepersatuan dan disiplin. Meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental.
Suasana Pagi Di Puncak Gunung Berkelah

Sebelum Sampai Di Berkelah, Berhenti Minum Di Karak
Suasana Pagi Dan Malam di Gunung Nuang

Waktu Bersantai Di Gunung Nuang

Suasana Di Hutan Lipur Sg. Tekela





















Kenangan bersama kawan-kawan motor ku

Dalam dunia ini, Kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. Tetapi dalam kita bersendiri, Kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Bagi kita, Itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.. Kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati. Kita beri beribu alasan, memaksa dia menerima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya?? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa.. tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita, Hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, Kerana dia juga seorang manusia; dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan Dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan. Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan, disebalik kesenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.. tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu.
Apakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda? Mereka berkedip bersama, bergerak bersama,menangis bersama, melihat bersama dan tidur bersama meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain… persahabatan seharusnya seperti itu… kehidupan bagai neraka tanpa sahabat…
saya pernah diajar oleh orang yg lebih tua dari saya erti berkawan. dalam berkawan ni hendaklah dijauhi dari 4 perkara tersebut. jangan berkawan dengan orang yg berniat atas dasar2 tersebut
1.berkawan kerana hartanya
2.berkawan kerana dia kuat
3.berkawan kerana ia pandai
4.berkawan kerana kawannya ada bini cantik
cuba fikir2kan apa alasan dia cakap gitu


Thursday, August 27, 2009

Zaman pesekolahan














Zaman-zaman persekolahan aku penuh dengan kegembiraan.










Pengawas Perpustakaan Sekolah
1989













Hanya tinggal kenangan dan memori hidup ku semasa ku di tinggkatan 4, sekolah menengah bukit gading selangor. (Pengawas Perpustakaan Sekolah)
Pengawas Perpustakaan Sekolah
1990
















Saturday, August 22, 2009

semasa ku di Changi Airport
Sewaktu ku transip di Changi Airport
Aku di dalam kapal terbang MAS
Kansai Airport
Aku bersama Abg Mahyudin




Di dalam persahabatan lelaki gemar mencari individu yang bersikap terbuka dan tidak terlalu emosional. sahabat sering di jadikan sebagai tempat yang paling tepat untuk mencurahkan perasaan dan berkonsi rasa sedih mahupun gembira. Sehubungan dengan itu, lelaki sentiasa mengharapkan kehadiran seorang sahabat yang memahami serta memiliki minat dan kegemaran yang sama secara tidak langsung. Mudah lah bagi mereka untuk berkonsi minat dan cerita bersama-sama. Proses komunikasi dua hala juga mampu berlangsung dengan mudah.



Anak perantau
Aku, Azlan dan Yusof
Merantau di negara orang
Azlan dan aku didalam bas
aku di atas kapal