Friday, August 21, 2009

MAAFKAN AKU

aku benamkan kehampaan ini
ku kuburkan rasa lesu ini
aku tidak mampu kalah lagi
setelah sekian lama aku mengalah
aku melihat namun aku buta dalam menilai
aku mendengar namun aku pekak untuk memahamia
ku merasai namun tidak ku tahu masam manisnya
ada darah dalam semangatku..
kesejukkan juga yang ku rasa

bebalkah aku?
bodohkah aku?

ku cari semangat jati
waktu paginya membara..
petang hilang ntah kemana
ke gunung mana ianya bertapa
di lembah gembirakah ...
atau di lurah deritakalau bisa..
akan ku amuk petanda duka itu
bunuh segala petualang bermuka nista
namun kerisnya tidak pada ku
senjatanya terselit antara diri kalian
senjata kesedaransedarlah kalian....
bangkit dari menjadi budak ingusan
diperhamba dari pagi sampai ke malam
hanya dengan sedikit habuan
kalian perjudikan sebuah perjuangan
sedarlah kalian...
bangkitlah dari mimpi
sudahilah kebodohan yang melampau ini
kealpaan yang merugikan
digosok kepala...
berlendir liurnya
diulit seketika tidur selamanya
sedarlah kalian....
jangan diharap berubah kalau hanya berkata sepatah
jangan diharap sinar
kalau tidak berani berkata benar
nantinya...
harapanku
jangan bodoh kalau ada akalnya
jangan buta kalau celik matanya
jangan pekak kalau ada telinganya
jangan tempang kalau elok kakinya
jangan ketawa kalau bukan pada lucunya
jangan menangis kalau bukan pada sakitnya
jangan melawak kalau bukan pada tempatnya
jangan diam kalau ada maruahnya
maafkan aku.


















~..Carilah Yang Terbaik..~
Siapakah yang dikatakan sahabat?
Adakah perlu dia kaya dan segak,
Apakah perlu dia pandai mengambil hati,
Mestikah dia tidak mementingkan diri-sendiri,
Atau,
Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya,
Satu halatuju dan matlamat yang selari,
Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya,
Atau,
Adakah orang yang dapat gembira dan duka bersama,
Membantu bila sahabatnya kesusahan,
Atau,
Seorang sahabat ialah orang yang Menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah.
Dia menegur apabila sahabatnya lupa,
Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya.
Kenapa kita mesti ada sahabat?
1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerlukan.
Ibarat nya tidak diciptakan manusia itu daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa.
Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman.
Cumanya, bergantung kepada individu berkenaan bagaimana ciri sahabat yang diperlukan. Disini kita sebagai muslim, kenalah bijak memilih sahabat.
2. Sahabat adalah cermin diri kita, Jika kita bersahabat dengan orang yang jahat,
Maka kita pasti dicerminkan demikian,
Jika kita bersahabat dengan orang yang soleh,
Maka kita juga pasti dicerminkan demikian,
Oleh yang demikan, pilihlah siapa sahabatmu.
3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik (ana tak pasti samada ianya hadis atau kata-kata ulama'..renunglah;
Pilih sahabat yang baik seumpama,
Jika kita berkawan dengan pelebur besi,
Maka kita pasti mendapat percikan api,
Jika kita berkawan dengan penjual haruman,
Maka kita pasti sedikit wangian.
Dan pohonlah kepada Allah, supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredaan-Nya.