Saturday, October 3, 2009

HIKMAH DI SEBALIK KEGAGALAN


Kegagalan yang aku lalui itu ialah satu langkah yang penting dalam kehidupan. Dengan kegagalan itu aku cuba bengun semula selepas tersukur di lembah kehampaan. Hanya hati yang tabah dan tidak mengenal erti putus asa yang boleh menemui kekuatan dalam diri untuk bangkit semula selepas tewas di medan perjuangan hidup. Apatah lagi aku sering diingatkan supaya jangan sekali-kali berputus asa dari rahmat Allah. Kata-kata dari sahabat-sahabat ku yang sentiasa memberi dorongan dan juga semangat padaku.

Dengan kekuatan yang menjadi tembok diri, aku wajar melihat semula apakah hikmah yang terselindung di sebalik kegagalan yang menimpa aku. Aku perlu berfikir dengan tenang, dan renungkan kegagalan aku itu dengan rasianol. Jika pergolakan rumah tanggaku berberantakan, sekurang-kurangnya aku mencuba memperbaikinya semula.

Hanya rumah tanggaku yang berberantakan itu memberi berbagai-bagai taksiran kepada aku. Aku dapat melihat kelemahan diri “hanya orang yang kuat yang mampu melihat kelemahan diri”. Ini bererti aku perlu melipatgandakan usaha untuk mencapai kerukunanrumah tanggaku yang diimpi-impikan setiap manusia. Sekiranya sudah pun diusahakan dengan setinggi-tinggi usaha namun aku gagal juga, maka aku harus fikirkan alternative lain untuk mencapai kerukunan rumah tanggaku. Apakah usaha yang belum aku lakukan dan sekarang boleh aku praktikkan. Hanya harus berwaspada supaya aku tidak melanggar batas-batas kemungkaran.