Wednesday, October 28, 2009

BELAJARLAH MEMAAFKAN...............


Belajarlah memaafkan semua orang! Inilah pelajaran paling berharga yang saya dapat. Memaafkan memang tidak semudah menyebutnya, tetapi apa bila kita berjaya melaksanakan perkara ini, kesan dari dalam jiwa kita akan dapat kita rasai. Ia kemudian akan terpancar ke wajah. Inilah hikmah lain yang boleh kita peroleh, selain jiwa tenang, wajah pun akan berseri. Memang benar seperti kata pakar-pakar motivasi, untuk apa kita menyimpan dendam kesumat di dada. Selain rasa benci, marah dan tertekan, apakah kebaikan yang akan kita peroleh daripada perasaan tersebut?

Saturday, October 17, 2009

HARI RAYA YANG INDAH


Syawal hadir bersama tenggelamnya Fajar Ramadan. Kesenduan amat terasa. Takbir yang bergema mengundang sebak didada. Tiba-tiba teringat sudah terampunkah dan terangkatkah segala dosa. Diterimakah segala ibadah sepanjang Ramadan semalam. Dalam rasa sebak, semdu dan pilu itu, air mata kesyukuran tetap mengalir. Sempat juga menyambut kemuliaan Syawal iaitu hari kemenangan Umat Islam melawan segala nafsu-nafsi yang menggoda diri.

Dalam kemeriahan Syawal ini, suara riuh rendah kaum keluarga yang telah berkumpul terasa begitu menggembirakan. Hubungan silatulrahim erat terjalin. Salam di hulur, maaf di pinta. Semuanya segak bergaya. Anak-anak kecil paling seronok ketika ini. Kesana ke mari bergaya dengan baju baru, sambil berseronok riang keliling kampong, mengutip duit raya. Indahnya hari raya.

Kenangan terindah biasanya sering tercatat di musim-musim hari raya. Semua orang pasti ada kenangan manis yang tidak mampu di lipakan, biarpun usia sudah memanjat hari. Namun bukan semua bernasib baik mengecap keseronokan berhari raya, pasti ada yang berduka dan terpaksa beremdam si air mata, ketika orang lain sedang berseronok riang berhari lebaran. Itulah kehidupan. Kesenangan lawannya kepayahan. Kerana itu kita disarankan agar mengingati kesusahan ketika sedang bergembira dan bersyukur ketika sedang bahagia.


Saya tersentuh hati apabila membaca kisah-kisah sedih mereka yang tidak mampu ketika menyambut kedatangan Syawal kerana kesusahan hidup. Mereka tidak mampu mengukir senyum, kerana tdak ada apa yang berbeza bagi mereka antara hari raya dan hari-hari biasa. Untuk mendapatkan sesuap nasik pun kadangkala begitu payah, inkan pula untuk menayang baju raya atau menganti perabut dan lansir baru di rumah. Bagi saudara kita yang bernasib malang ini, menjadi tanggungjawab kita yang diberikan kelebihan rezeki untuk membantu. Jangan di lupa pada nasib mereka yang tiada upaya.
Hulurkan anda untuk di sambut oleh saudara kita yang tidak bernasib baik ini, bagi meringankan beban mereka, agar mereka pun boleh minikmati kemeriahan Syawal ini dengan lebih bermakna. Bagi yang berlebihan rezeki eloklah kita membuka pintu hati dan menaburkan sedikit rezeki untuk dapat dikonsikan bersama mereka yang tidak berupaya. Carilah sebanyak-banyak pahala di Syawal ini untuk menampung pahala yang terkurang di Ramadan lalu. Bersedekah juga satu jihat!

Monday, October 12, 2009

Sisipan Mutiara Kata dari Haruman Syurgawi

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.


Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.


Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.


Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.


Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati... "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa" "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup" Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.


" Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji." "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair" "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan" " Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatuatau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan" " Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.


Hadiah Terbaik

Kepada kawan - Kesetiaan Kepada musuh - Kemaafan Kepada ketua - Khidmat Kepada yang muda - Contoh terbaik Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan. Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan Kepada manusia - Kebebasangal leher seorai. " Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan" " Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain." "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat" "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, Kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan". "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"


"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."
" Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu" "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri" "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan." "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada." "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."


"Fikirkan hal-hal yang paling hebat,Dan engkau akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan engkau akan mencapai yang tertinggi." "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang." "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi." "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma." "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah." "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul." "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik." "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan."

Saturday, October 10, 2009

SAYANG IBU



Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak
Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku ... mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak
Bila tiada duit Orang pertama aku tuju dan rujuk ...mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari.......pasanganku
Bila sedih, aku cari......mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.....mak
Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu....aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"...Berderai air mata jika kita mendengarnya........ Tapi kalau mak sudah tiada..........MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya?berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya?berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya?berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya?berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya?berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya?dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya?

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMAJumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibunya, memeluk dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Thursday, October 8, 2009

KOPI ITU PAHIT


Kopi itu pahit jika berdiri sendiri, tapi kopi menjadi enak apabila digandingkan dengan gula dan susu. Anda cantik, maka anda boleh berdiri sendiri tapi tanpa keperibadian dan iman yang padu anda ibarat kopi tanpa gandingan gula dan susu. Selama mana boleh bertahan??
Sebaik-baik kopi pahit dinilai dari sudut kepahitanya, tapi apabila ada kopi bersusu dan bergula, ia sentiasa lebih disukai dan akan terus disukai.









Pimpinlah hati menggunakan akal. Jangan memimpin akal menggunakan hati. Kesedihan boleh membuat hidup menjadi keruh. Ia tidak ubah seperti racun berbisa bagi jiwa yang boleh menyebabkan ia lemah semangat, hilang ghairah dan kacau dalam kehidupan hidup. Dan ia akan berakhir dengan sikap tidak peduli pada kebaikan. Sedang sikap tidak peduli pada kebaikan dan hilang semangat untuk mencapai kebahagiaan akan berakhir dengan pesimisme dan kebinasaan yang dahsyat. Manusia yang bijaksana ialah orang yang tidak mengharap dan tidak gentar dengan apa juga yang akan datang pada masa depan. Bila kamu mengisi hati kamu dengan penyesalan untuk masa lalu dan kekhawatiran untuk masa depan, kamu tidak memiliki hari ini untuk kamu syukuri. Luahan dan curahan perasaan tidak puas hati itu adalah lebih baik daripada memendam dan melepaskan kemarahan tanpa memberi penjelasan. Hati orang yang bodoh itu di dalam mulutnya, tetapi mulut orang yang bijaksana di dalam hatinya. Binaan yang paling indah di dunia ialah sebuah jambatan harapan merentasi sebuah sungai kekecewaan (putus asa).

Saturday, October 3, 2009

HIKMAH DI SEBALIK KEGAGALAN


Kegagalan yang aku lalui itu ialah satu langkah yang penting dalam kehidupan. Dengan kegagalan itu aku cuba bengun semula selepas tersukur di lembah kehampaan. Hanya hati yang tabah dan tidak mengenal erti putus asa yang boleh menemui kekuatan dalam diri untuk bangkit semula selepas tewas di medan perjuangan hidup. Apatah lagi aku sering diingatkan supaya jangan sekali-kali berputus asa dari rahmat Allah. Kata-kata dari sahabat-sahabat ku yang sentiasa memberi dorongan dan juga semangat padaku.

Dengan kekuatan yang menjadi tembok diri, aku wajar melihat semula apakah hikmah yang terselindung di sebalik kegagalan yang menimpa aku. Aku perlu berfikir dengan tenang, dan renungkan kegagalan aku itu dengan rasianol. Jika pergolakan rumah tanggaku berberantakan, sekurang-kurangnya aku mencuba memperbaikinya semula.

Hanya rumah tanggaku yang berberantakan itu memberi berbagai-bagai taksiran kepada aku. Aku dapat melihat kelemahan diri “hanya orang yang kuat yang mampu melihat kelemahan diri”. Ini bererti aku perlu melipatgandakan usaha untuk mencapai kerukunanrumah tanggaku yang diimpi-impikan setiap manusia. Sekiranya sudah pun diusahakan dengan setinggi-tinggi usaha namun aku gagal juga, maka aku harus fikirkan alternative lain untuk mencapai kerukunan rumah tanggaku. Apakah usaha yang belum aku lakukan dan sekarang boleh aku praktikkan. Hanya harus berwaspada supaya aku tidak melanggar batas-batas kemungkaran.

Friday, October 2, 2009

MENDIRIKAN MASJID


Melangsungkan perkahwinan juga diistilahkan ‘mendirikan masjid’. Masjid lambing penyatuan hati. Lambing kasih saying, lambing ketenangan. Semua oerang rasa selamat ketika menjejekkan kaki ke masjid kerana di masjid ada semangat sokong-menyokong, sama-sama sepakat meluruskan saf, patuh pada perintah ketua sebelum menghadap ilahi apabila dipanggil tepat pada waktunya setiap lima kali sehari. Semua seni peradaban dalam menjaga ketertiban dalam masjid turut terhimpun sama dalam sebuah ikatan perkahwinan.

Mendirikan rumah tangga kemuliaannya bagai mendirikan sebuah masjid kerana apa saja amal yang baik kita buat walau sedikit, ganjaran yang Allah beri berlipat kali ganda. Oleh itu marilah kita lihat perkahwinan ini di sudut keimanan, bukan sekadar kerana menyempurnakan tuntutan ‘perintah’ semata-mata.

Perkahwinan menurut pandangan orang beriman merupakan ‘satu anugerah’. Seronok dalam menerima tanggungjawab, seronok dan penuhtawaduk untuk melaksanakan tanggungjawab. Perkahwinan bukan sekadar suka-suka mengikut nafsu sahaja yang terpesona dengan kecantikan yang dipilih.


Perkahwinan orang beriman kerana mahu merebut ketenangan dalam beribadah. Dia mahu ibadahnya lebih khusyuk kerana kunci utama khusyuk ialah apabila setiap lelaki berjaya mengawal pandangan mata dari memandang wanita yang bukan muhrim dengan penuh ghairah. Inilah harga kemanisan iman yang dicari oleh lelaki yang mahu mengejar gelaran soleh selaku ketua dalam keluarga.
(gambar hiasan)

Buat para isteri, mendirikan rumah tangga benar-benar mencabar harga keimanan untuk belajar patuh, merai dan memuliakan suami sebagai orang baru dalam hidup kita yang menjadi ketua pengganti ayah kita, kerana dia adalah orang baru dalam dunia kehidupan kita. Belajarlan untuk menerima suami yang dalam proses menjadi seorang lelaki matang, sepertimana dia cuba menyanjung kita sebagai suri teladan dalam rumah tangganya sebagaimana dia bahagia menyanjung ibunya.

Carilah keserasian dalam mendirikan rumah tangga dengan memperbanyakkan muafakat dan musyawarah. Carilah keistimewaan pasangan, bukan kekurangannya. Kerana kita juga banyak yang kurang. Yang sempurna hanya Allah Yang Esa. Kebahagiaan dan ketenangan ini akan tercapai apabila dari awal majlis perkahwinan dijaga unsure-unsur keberkatannya sebagaimana kita berusaha menjaga ketertiban ketika dalam masjid.

Mulianya orang yang memulikan rumah tangganya, sama seperti orang yang muliakan masjid. Hati jadi tenang, lapang dan terdorong untuk banyak buat baik walau pelbagai dugaan yang datang.

Thursday, October 1, 2009

Berpisah Kerana Tertekan 2

sambungan
(gambar hiasan)




Pertemuan kali ini membawa kami kejinjang pelamin. Aku tak menyakakan selepas pernikahan ku bermulah cerita yang itu tak kena, yang ini tak kena bermacam-macam cerita. Pada mulanya aku bersabar sahaja. Setelah setahun lehih perkahwinan kami akhirnya aku tidak dapat bersabar lagi, aku lepaskan isteri ku dengan talak satu. Pada masa itu memang aku tak menyakakan sampai ketahap itu aku sanggup lakukan. Fikiran aku buntu waktu itu.

Dengan tekana isteri ku, keluarga ku dan keluarga isteri ku. Sampai aku tidak dapat membuat kejar dengan sempurna. Dalam tempoh setahun lebih usia perkahwinan ku bermacam-macam dugaan dan rintangan kulalui, memang aku akui rumah tangga nama yang tidak ada masalah. Tetapi apabila keluarga sentiasa masuk campur dalam hal rumah tanggaku, aku tidak tahan lagi dengan kerenah mereka yang sentiasa memandang rendah terhadap ku.

Aku dapati diriku semakin gagal berperanan sebagai suami, malah ia sudah jauh hati terhadapku dan mengatakan aku sudah tidak memperdulikan nya lagi. Aku sendiri hairan dengan perubahan yang berlaku pada dirinya. Jika hendak dikatakan aku terlalu liar sebelum kahwin, itu bukan sebabnya. Membohong jika aku katakana yang aku ini terlalu baik. Aku juga seperti manusia biasa ada juga membuat kesilapan.

Aku lihat isteriku turut berubah sikap yang dahulu pelembut kini pemarah. Pantang di tegur pasti melenting. Ia juga pernah keluar rumah tampa izin ku. Ia membuatkan aku jadi naik angina. Aku rasakan rumah kami menjadi semakin panas untul didiami. Aku dan isteriku pantang berjumpa, pasti ada sahaja perkara yang ditengkarkan. Jodoh kami umpama telur di hujung tanduk. Bila-bila masa ia boleh jatuh dan pecah berkecai. Jika dicongak kami baru diijabkabulkan satu tahun lebih, tapi dirasakan sepuluh tahun. Tapi aku tidak sangka apa yang berlaku selepas kami berkahwin, perhubungan kami menjadi pudar. Aku menjadi begitu tertekan dengan masalah yang ku harungi bersama ia.

Isteri ku cuba merayu pada ku untuk kembali kepangkuan ku semula, namun aku terus menyepikan diri. Hingga satu hari Ustazah dari jabatan agama islam menaliphon ku, dan memujuk ku supaya menerima kembalikan isteriku. Dalam masa yang sama juga abang angkat ku memujuk aku agar menerima isteriku. Akhirnya, dengan kurnia yang maha asa aku kembali rujuk pada isteri ku. Walau pun hati ini agak berat untuk menerimanya kembali. Setelah kami rujuk, aku sentiasa bersikap dingin terhadap isteriku, sehingga kehari ini. Sememangnya bukan mudah untuk mengubat hati yang telah tercalar dan remuk.