Thursday, September 3, 2009

Ayahdar, Bondar dan Keluarga

Gambar ini tahun 1997 semasa aku di usia 23 tahun zaman remaja ku.




31 Ogos 1998 Kampung Budaya Santobung Serawak, Kakak ku bersama suaminya dan kedua anaknya.





Wajah-wajah ceria Ayahdar dan Arwah Bondar



Permintaan Kecil Kedua Orang Tua Ku
Aku tidak meminta wang berjuta-juta
untuk kuhimpunkan menjadi bukit harta
tidak sesekali kuimpikan
mengibarkan bendera bangga di puncaknya
cukuplah sekadar sesuap makan dan minum
buat aku sempat melihat suatu hari lagi
bernama esok.
Aku tidak meminta rumah yang raya
pun yang indah laksana istana
kerana kemewahan dunia hanya sementara
apabila sampai waktunya pasti tinggal semua.
Cuma yang aku pinta
adalah secebis cinta
daripada seorang anakanda yang berjaya
di tengah kotauntuk kuisikan di dada tua
buat ku usir segala kesunyian
yang semakin hari semakin pekat terasa
dan menggelinjang ke seluruh jiwa raga
bergetaran di urat nadi yang terasa lelahnya.
Anakanda yang kurindui sentiasa
sukarkah kau penuhipermintaan kecil ini
janji penuh nafsu mu tatkala remaja
untuk ku titi hingga ke hujung usia
yang amat terkilan aku nantikan
dalam remang senja?


Sejak kau pergi hidup ku begitu sunyi
Semangat ku dari dahulu hingga kini
Masih terasa mengikut pengembaraan mu
Yang kian jauh
Tetapi serasa dekat benar pabila teringat
Dengan air muka mu yang bersih
Ketika wajah mu ditutup sutera putih
Pemergian terakhir
Yang silam
Emak
Pabila Ramadhan menjelang….
Kesepian ku dan keinsafan ku
Semakin tersayat
Manik-manik jernih mula menitis
Dari dua buah kolam setia
Yang ku miliki sejak hayat ku bernafas
Hingga kini
Emak
Pabila ku ingat sayang mu mencurah di dada
Terangnya masih ku rasa bagaikan purnama raya
Pabila kesalahan ku lakukan kemarahan mu membara
Lantas rotan melengkar ke kaki
Namunpun begitu hati ku tidak terluka
Cuma air mata ku bercucuran
Pabila tangisan ku reda
Aku bangga emak
Kau pandai mengajar
Anakmu…..
Kejayaan ku hari ini adalah hasil usaha mu emak!!!