Tuesday, September 15, 2009

Fikir


Saat yang paling penting dan paling genting sekali dalam hidup ialah semasa berhadapan dengan sakaratulmaut. Di situlah turning point menentukan arah yang berikutnya "beroleh nikmat atau azab seksa yang berpanjangan."

Berhadapan dengan sakaratulmaut, pergantungan dan harapan bukan lagi pada kepintaran akal atau kecergasan tubuh badan. Lebih-lebih lagi jika isyarat awal kematian itu semasa sedang telantar sakit. Sakit yang harus disifatkan kifarah atau jalan penghapusan dosa oleh Allah s.w.t.
Pun bukan lagi kepintaran akal atau kutrat dan kehendak kita yang menumbuhkan dan menyuburkan dengan mudah rasa kehambaan itu di dalam hati. Sebaliknya semuanya bertunjangkan iman.
Bergantung pada kuat atau lemahnya tauhid kita pada Allah s.w.t. Amat di takuti sebenarnya, kerana kelemahan iman boleh mempengaruhi keadaan ketika sedang hebat bergelut dengan sakaratulmaut. Jangan sampai hati tiba-tiba didatangi keraguan terhadap Allah s.w.t. Atau tidak redha dengan kesakitan yang sedang ditanggung, lalu pada saat itulah roh direntap keluar dari tubuh.

Protes di dalam senyap itu tanda keingkaran "tak boleh terima" seorang hamba terhadap apa yang telah ditentukan Allah kepadanya. Seseorang yang telah melakukan keingkaran, dia telah membina hijab antaranya dengan Allah s.w.t. Sangat malangnya nasib jka pulang kepada Allah dalam keadaan terhijab dengannya.