Friday, October 2, 2009

MENDIRIKAN MASJID


Melangsungkan perkahwinan juga diistilahkan ‘mendirikan masjid’. Masjid lambing penyatuan hati. Lambing kasih saying, lambing ketenangan. Semua oerang rasa selamat ketika menjejekkan kaki ke masjid kerana di masjid ada semangat sokong-menyokong, sama-sama sepakat meluruskan saf, patuh pada perintah ketua sebelum menghadap ilahi apabila dipanggil tepat pada waktunya setiap lima kali sehari. Semua seni peradaban dalam menjaga ketertiban dalam masjid turut terhimpun sama dalam sebuah ikatan perkahwinan.

Mendirikan rumah tangga kemuliaannya bagai mendirikan sebuah masjid kerana apa saja amal yang baik kita buat walau sedikit, ganjaran yang Allah beri berlipat kali ganda. Oleh itu marilah kita lihat perkahwinan ini di sudut keimanan, bukan sekadar kerana menyempurnakan tuntutan ‘perintah’ semata-mata.

Perkahwinan menurut pandangan orang beriman merupakan ‘satu anugerah’. Seronok dalam menerima tanggungjawab, seronok dan penuhtawaduk untuk melaksanakan tanggungjawab. Perkahwinan bukan sekadar suka-suka mengikut nafsu sahaja yang terpesona dengan kecantikan yang dipilih.


Perkahwinan orang beriman kerana mahu merebut ketenangan dalam beribadah. Dia mahu ibadahnya lebih khusyuk kerana kunci utama khusyuk ialah apabila setiap lelaki berjaya mengawal pandangan mata dari memandang wanita yang bukan muhrim dengan penuh ghairah. Inilah harga kemanisan iman yang dicari oleh lelaki yang mahu mengejar gelaran soleh selaku ketua dalam keluarga.
(gambar hiasan)

Buat para isteri, mendirikan rumah tangga benar-benar mencabar harga keimanan untuk belajar patuh, merai dan memuliakan suami sebagai orang baru dalam hidup kita yang menjadi ketua pengganti ayah kita, kerana dia adalah orang baru dalam dunia kehidupan kita. Belajarlan untuk menerima suami yang dalam proses menjadi seorang lelaki matang, sepertimana dia cuba menyanjung kita sebagai suri teladan dalam rumah tangganya sebagaimana dia bahagia menyanjung ibunya.

Carilah keserasian dalam mendirikan rumah tangga dengan memperbanyakkan muafakat dan musyawarah. Carilah keistimewaan pasangan, bukan kekurangannya. Kerana kita juga banyak yang kurang. Yang sempurna hanya Allah Yang Esa. Kebahagiaan dan ketenangan ini akan tercapai apabila dari awal majlis perkahwinan dijaga unsure-unsur keberkatannya sebagaimana kita berusaha menjaga ketertiban ketika dalam masjid.

Mulianya orang yang memulikan rumah tangganya, sama seperti orang yang muliakan masjid. Hati jadi tenang, lapang dan terdorong untuk banyak buat baik walau pelbagai dugaan yang datang.